Sunday, August 3, 2008

AS MIMPI MADU & BAYI

Saya bermadu, 3 tahun, saya isteri no 1 dan tak redha dimadukan.
'Saya bermimpi marah dan menampar muka madu saya kerana datang membawa bayinya berjumpa saya dan suami. Ketika itu saya sedang sakit. Apakah maksud mimpi saya itu?'
As
(Melalui sms. Saya harap lepas ini pembaca ini terus tulis mimpi dalam blog ya. Terima kasih ATM)
Untuk mentafsir, seperti biasa kita lihat gambaran besar dahulu. Gambaran Besar yang ada, ORANG - MADU & SUAMI; BAYI - juga orang tetapi ia lebih bermaksud suatu tenaga baru dalam diri. Di sini ada 2 opsyen untuk mentafsir mimpi As.
CARA PERTAMA (semua adalah simbol): ORANG itu adalah sifat madu yang ada dalam diri As sendiri. Cuba fikirkan (sama cara macam tafsiran mimpi Bione) apakah sifat madu yang ketara bagi diri As, dan lihatkan sifat itu dalam diri As. Misal contoh kononnya sifat itu ialah cemburu, makan madu yang di dalam mimpi ialah sifat cemburu yang juga menjadi sifat As.
SAKIT adalah keadaan As yang boleh diambil secara langsung maksudnya 'AS memang sakit - sakit hati / tidak redha'. SUAMI juga adalah sifat suami yang ada dalam diri As. Katalah kononya sifat suami yang ketara pada As ialah lembut orangnya (maaf saya tidak ada klu tentang suami As). Maka dalam mimpi menunjukkan sifat cemburu dan lembut dalam diri As sendiri.
BAYI sebagai tenaga baru dalam diri mungkin bermaksud sifat cemburu telah timbul, dan marah menampar menunjukkan As tidak mengalu-alukan sifat cemburu tersebut bagi diri As. Ini bagus kerana menolak sifat yang tidak baik. Tidak bagus jika sebaliknya.
Untuk membuat tafsiran yang lebih tepat, (maklumat itu tidak ada pada saya) As kena ikut contoh dan cari maksudnya mengikut resmi badan sendiri.
CARA KEDUA (simbol langsung): Ini bermaksud apa yang dilihat dalam mimpi, itulah dia. lihat semula cerita mimpi As, itulah juga maksudnya. Samada mimpi ini benar atau tidak, TUNGGU DAN LIHAT.
CARA KETIGA (Campuran): Kalau kita ambil orang-orang yang ada dalam mimpi sebagai benar, dan bayi bermaksud satu tenaga baru (contohnya satu perasaan baru, mungkin perasaan kasihan atau perasaan ingin mengalah); maka mimpi tersebut bermaksud, satu perasaan baru timbul bagi hal tiga penjuru ini, namun As enggan menerimanya walaupun ia mungkin suatu perasaan yang baik. Maka 'sakit' di situ bermaksud melambangkan ketidak seimbangan [manusia sempurna ia seimbang dari segi Fizikal, Mental (termasuk Emosi, sikap dsb) dan Spiritual]
RUMUSAN: As kena kaji mimpi As berdasarkan 3 opsyen di atas dan lihat sendiri yang mana lebih sesuai bagi keadaan As sekarang. Untuk mentadbir hidup As, saya sarankan As pelajari cara-cara mengurus tekanan/stress dan pelajari cara meningkatkan keyakinan diri dengan kaedah menyelesaikan masalah sendiri tanpa melibatkan si penyebab masalah. Mimpi ini juga bukan menunjukkan bahawa ia adalah cerita keseluruhan hidup As, hanya sebahagian... Untuk mempunyai keredhaan atas musibah yang berlaku pada kita, eloklah kita pandang musibah tersebut dari sudut ketuhanan, bukan dari sudut makhluk. Jika dari sudut makhluk kita akan nampak diri kita sahaja yang menjadi mangsa dan kita akan marah dan kecewa dsb. Dari sudut ketuhanan, Insyaallah kita akan nampak hikmahnya Tuhan beri kita ujian ini. Besar kemungkinan ia adalah untuk mempertingkatkan spiritual kita iaitu keimanan dan ibadat kita kepada Allah; dan lebih hampir denganNya.
CADANGAN: Ikuti kursus Unmasking The Unconscious Mind pada 12-14 Ogos '08 di Hotel Singgahsana 9.00 pagi - 5.00 ptg. sila klik untuk butir lanjut http://quinconsult.my/.
Wallahua'lam.
AhliTafsirMimpi 4/8/08

No comments: