Wednesday, September 24, 2008

MAKSUD MIMPI ULAR

Lama tak menulis, sibuk sikit. Saya cuma nak ngomel sikit tentang mimpi ular. Sebab ramai sangat yang bertanya tentang mimnpi ular. Biasanya masyarakAt akan mengatakan bahawa seseorang gadis itu akan dipinang. Itu hanyalah salah satu dari maksud mimpi ular. Kita kena lihat apakah tujuan Minda Luar-Sedar menghantar mimpi. Adakah untuk tujuan fizikal, atau untuk mental (termasuk pemikiran, sikap, emosi, kreativiti dsb), atau untuk perkara spiritual.

Jika tujuan untuk fizikal, ia bermakna seseorang tertarik kepada kita, samada untuk mengahwini atau tidak, kita kena lihat isi cerita terperinci. Jika ularnya banyak tapi kecil-kecil dan warna-warnanya kurang matang, ia bermaksud ramai orang minat tapi sekadar berkawan saja. Jika ular itu saiz sedang, warna yang matang dan seekor sahaja, besar kemungkinan ia adalah seseorangn yang amat berminat, tapi lihatlah jika beliau mendekati atau lari atau sebagainya. Tadbir mimpi ini dengan doa supaya sejahtera dan 'just wait and see'.


Untuk tujuan mental, ia selalunya tentang sikap suka menggunakan kata-kata yang menyakitkan hati orang lain; lidah yang 'bisa' dan menyakitkan seperti menyindir atau memperli. Selalunya sikap itu ditunjukkan apabila ular dalam mimpi menggigit kita. jika ia gigit dan kita bunuh ia, maka kita telah melupuskan sikap 'lidah bisa' tersebut. Selalunya orang-orang yang membersihkan diri melalui zikir dsb akan melalui proses ini jika dia seorang yang memang jenis 'lidah bisa'sebelum itu. Maka bersyukurlah pada Allah kerana telah membersihkan diri kita dari satu sifat yang keji. Jika ular menggigit dan kita terus bangun, ia bermaksud kita telah dihinggapi sikap 'lidah bisa' dan harus akan menyakiti seseorang lepas itu.Tadbiri dengan mengucap istighfar, ludah kekiri dan mohon pada Allah dijauhi dari sifat tersebut.

Bagi tujuan spiritual, selalunya ularnya bersaiz besar, samada hitam gelap, hitam dan berbintik atau bercorak kuning, putih atau keemasan. Jika melihat ular hitam gelap dan datangnya dari kiri, harus ia menunjukkan seseorang yang kafir, jika ia putih dan datang dari kanan, menunjukkan ia orang Islam dan soleh. Jika mimpi ular hitam berbintik atau bercorak kuning/sejenis warna yang cerah, ia menandakan ada kes sihir & jin di dalam sekitaran atau ditujukan kepada anda. Walau bagaimana pun, analisa isi ceritanya dahulu supaya kita memahami apa sebenar maksud mimpi tersebut. Ular berwarna emas lebih bermaksud kepada seseorang yang tinggi imannya mendatangi anda. Apa-apa pun sila analisa gambaran kasar dan analisa isi ceritanya dahulu supaya mimpi dapat ditadbir dengan betul.Wallahua'lam.

AhliTafsirMimpi 24/09/08

Sunday, September 7, 2008

MIMPI PAHALA SEDIKIT DI BULAN RAMADHAN

toolbar powered by Conduit




Assalamualaikum wbt.,

Selamat Berpuasa dan Selamat menambah koleksi pahala dalam bulan yang mulia ini. Bila beribadat, kita beribadat kadang-kadang tanpa menyedari apakah ganjaran yang Tuhan beri. Kita kadang-kadang tidak mengambil kira apa yang boleh memberi lebih pahala dan apa yang membuatkan kurang pahala apabila melalui bulan yang penuh hikmah ini. Lalu Tuhan hantarkan mimpi supaya kita beringat.


Dua hari lepas saya terlewat bangun sahur. Hanya tinggal sepuluh minit lagi nak imsak. Sebelum terjaga saya telah bermimpi bahawa saya berada di satu kawasan gerai-gerai jualan macam pasar malam. Tapi saya hairan kenapa gerai hanya sedikit, tiga gerai di depan tapi hanya satu yang buka itu pun hanya tinggal satu tali yang menggantungkan gula-gula.Dua tiga gerai di kanan dan dua tiga gerai di kiri sahaja yang ada dan rasanya hanya satu yang buka di kanan dan satu di kiri. Itu pun sama tiada barangan, macam dah habis, yang tinggal hanya gula-gula dan makanan ringan.


Tafsiran mimpi ini mudah saja. Tuhan dah kata bahawa perniagaan yang paling untung adalah denganNya. Bila kita bermimpi tentang perniagaan, tempat jual beli,membeli barangan dsb, ia bermaksud mendapat sesuatu yang baik daripada Allah. Maka mimpi saya yang di atas bermaksud saya hanya dapat yang hujung-hujung sahaja dari pahala bersahur di bulan puasa. Ganjaran yang bagus-bagus dah habis.


Untuk menTadbir, saya bertaubat supaya tak buat lagi, iaitu bangun sahur lambat, dan berdoa supaya Allah memberi kemudahan untuk saya bangun awal dalam waktu yang terbaik untuk bersahur.


Satu pengajaran yang saya dapati dari sini, walau pun kita disuruh mentakkhirkan sahur, bukanlah sampai hujung sangat hingga waktu fadhilat sahur hampir hilang.Besar kemungkinan tiada pahala langsung bagi sesiapa yang makan di dalam waktu Imsak. Wallahu'alam.

ATM 08/09/08

A CLICK AWAY TO THIS PAGE