Lama tak menulis, sibuk sikit. Saya cuma nak ngomel sikit tentang mimpi ular. Sebab ramai sangat yang bertanya tentang mimnpi ular. Biasanya masyarakAt akan mengatakan bahawa seseorang gadis itu akan dipinang. Itu hanyalah salah satu dari maksud mimpi ular. Kita kena lihat apakah tujuan Minda Luar-Sedar menghantar mimpi. Adakah untuk tujuan fizikal, atau untuk mental (termasuk pemikiran, sikap, emosi, kreativiti dsb), atau untuk perkara spiritual.
Jika tujuan untuk fizikal, ia bermakna seseorang tertarik kepada kita, samada untuk mengahwini atau tidak, kita kena lihat isi cerita terperinci. Jika ularnya banyak tapi kecil-kecil dan warna-warnanya kurang matang, ia bermaksud ramai orang minat tapi sekadar berkawan saja. Jika ular itu saiz sedang, warna yang matang dan seekor sahaja, besar kemungkinan ia adalah seseorangn yang amat berminat, tapi lihatlah jika beliau mendekati atau lari atau sebagainya. Tadbir mimpi ini dengan doa supaya sejahtera dan 'just wait and see'.
Untuk tujuan mental, ia selalunya tentang sikap suka menggunakan kata-kata yang menyakitkan hati orang lain; lidah yang 'bisa' dan menyakitkan seperti menyindir atau memperli. Selalunya sikap itu ditunjukkan apabila ular dalam mimpi menggigit kita. jika ia gigit dan kita bunuh ia, maka kita telah melupuskan sikap 'lidah bisa' tersebut. Selalunya orang-orang yang membersihkan diri melalui zikir dsb akan melalui proses ini jika dia seorang yang memang jenis 'lidah bisa'sebelum itu. Maka bersyukurlah pada Allah kerana telah membersihkan diri kita dari satu sifat yang keji. Jika ular menggigit dan kita terus bangun, ia bermaksud kita telah dihinggapi sikap 'lidah bisa' dan harus akan menyakiti seseorang lepas itu.Tadbiri dengan mengucap istighfar, ludah kekiri dan mohon pada Allah dijauhi dari sifat tersebut.
Bagi tujuan spiritual, selalunya ularnya bersaiz besar, samada hitam gelap, hitam dan berbintik atau bercorak kuning, putih atau keemasan. Jika melihat ular hitam gelap dan datangnya dari kiri, harus ia menunjukkan seseorang yang kafir, jika ia putih dan datang dari kanan, menunjukkan ia orang Islam dan soleh. Jika mimpi ular hitam berbintik atau bercorak kuning/sejenis warna yang cerah, ia menandakan ada kes sihir & jin di dalam sekitaran atau ditujukan kepada anda. Walau bagaimana pun, analisa isi ceritanya dahulu supaya kita memahami apa sebenar maksud mimpi tersebut. Ular berwarna emas lebih bermaksud kepada seseorang yang tinggi imannya mendatangi anda. Apa-apa pun sila analisa gambaran kasar dan analisa isi ceritanya dahulu supaya mimpi dapat ditadbir dengan betul.Wallahua'lam.
AhliTafsirMimpi 24/09/08
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
25 comments:
saudara, mlm tadi saya bermimpi ular kuning keemasan bersama telur telurnya didalam kereta saya. Ular itu seakan menjaga telur telurnya..apakah makna nya. Tkasih
sy mimpi 4 ekor ular..semua sy bunuh sbb sy mmg tkot ngn ular..then akhir mimpi 2 rupanya yg sekor lg still idup..huhuhu..takot..
sy bmmpi ular membelit tgn sy...then sy bunuh ular tu dgn mncekiknya...sy ingt ular itu berwarna hijau..menakutkan~~~
saya mimpi ular warna kelabu melingkar di tangan saya..kemudian mematuk tangan saya..saya terjaga. bila sambung tidur, saya bermimi bermain2 dengan ular kecil berwarna hijau..tapi kemudian saya bakar dan bunuh ular tu sebab takut..apakah maksudnya?
ape maksud sy mimpi ular warna kuning cair, besar... nk patuk sy.. tp x boleh... ular tu tunduk balik... tp ular tu kejar sy jugak...
Nad:
malam td sy bru sje brmimpi dua ekor ular sawa hitam yg msuk ke dalam bilik sy.dn nk ggit sy tpi tk dpt.sb sy dpt mngelak dn membunuhnye..namun bgitu,sy xsngka dlm mimpi sy tu ade seekor lgi ular sawa bentuk dn warna yg sama,cuba untuk msuk ke dalam rumah sy..tpi xdpt.apekh mknanya
saya mimpi bunuh ular hitam sebesar ibu jari tangan,tapi tak lama lepas tu,ular tu hidup kembali,saya pergi kedapur nak ambil batang mop,tapi bila saya datang balik,ular tu dah hilang...apa maksudnya ye?
Saya dan suami saya bermimpi ular pd msa yg sama.. Hmm kenapa ya?
salam sudara, malam td sy telah bermimpi ular ke-emasan bersilau-silau, kerana ketakutan sy telah membunuhnya.. apa maksudnya?..
Assalamualaikum ! Mlm td sye ade bermimpi psal saya membunuh ular yg brwarne kuning . Apakah maksudnye tu ?
apa maksud mimpi kita kalau ular belit kita sampai terjaga tapi tak boleh bercakap
:( seram tau.
malam td saya bermimpi..sy merajuk bawak diri ke rumah sedara terdekat. mase dlm perjalanan.ade dua ekor ular besar gelap melompat dari sebatang pokok ke arah pokok lain sprti saling mengejar antara satu sama lain,di atas kepala sy..symmpercepatkan langkah tuk menyelamatkan diri..sesampai di rumah sedara..sy meluru masuk ke dlm rumah..dan tidur..bangun dr tidur(masih dlm mimpi)..sy merasakan ade sesuatu,rupa2nya seekor ular masuk kedalam sluar d tepi peha kiri sy..sy tarik keluar dan ular bersaiz sederhana brwarna pra matang itu mengigit tgn sy,,sedara tlg mmbuang nye..jauh2..xlame slepas itu ade lg seekor ular d tmpt yg sama..ular itu bersaiz kecil sedikit dr td..tetapi xsempat tuk mengigit..sy dah buang jauh2..dan last skali sy nampak ader anak ular dalam jam tangan sy..akhirnya sy tersedar dr tidur....agak2 ape yer??mmg mlm sbelum sy tidur..jam sy pecah sbb terjatuh
Semalam sy mimpi ular putih... masa tu sy sedang berjalan atas jambatan kayu yg panjang.. ular tu berada di sebelah kanan saya.. waktu bertemu ular tu saya menjerit dan ular tu mendongakkan kepala.. n terus berlalu pergi.. lepas ular tu pergi ke bawah jambatan.. saya teruskn perjalanan di atas jambatan tu.. dan sy dapati ular tu ular yg sangat panjang.. sepanjang saya melalui ular tu adalah badan ular putih tu.. sehinggalah sy smpai ke ekor ular tersebut br saya terjaga dr tidur.. apakah maksud mimpi ni.. ape maksud jambatan panjang tu.. ape maksud ular putih yg panjang tu..
assalammualikum...saya pernah bermimpi di hadapan saya ada seekor ular putih yg sedikit matang,3 ekor ular berwarna hitam yang kecil dan seekor ular berwarna keemasan yang matang..didalam mimpi saya itu,ular ular tersebut berada di hadapan saya dan saya cuma terkaku dan hanya berdiri melihat ular ular tersebut..saya juga melihat ular yg berwarna putih bergerak melungsur ke kawasan sebelah kiri saya,dan ular berwarna keemasan bergerak ke kawasan sebelah kanan saya manakala yg berwarna hitam berada di hadapan saya..setakat ni saja yg dpt sy lihat dlm fikiran luar sedar saya itu..selepas itu,saya sendiri pun tak pasti apa yang berlaku,harap boleh membantu..sekian terima kasih...
Salam..saya semalam mimpi ular warna kuning tapi saya bermain main dengan ulat itu.sepertinya ular itu tidak berbisa kerna saya pernah memegang ular itu dahulu..tapi apa maksud mimpi saya iu?
Salam..mlm td sy brmimpi didalam rumah saya ad 2 ekor ular hitam.stu besar dan stu kcik..y besr tidak menggngu sy..tetapi y kcil mengejar sy dan dapt mematuk kaki sy sampaikn sy trus terbangun..apa maksudnya?
Saya bermimpi berdiri ditengah tengah diantara 5 ekor ular tedung yang berwarna keemasan yang sedang tidor memanjang dan memerhati saya tanpa mematuk sebaliknya kesemua ular itu memerhati dengan jinak.
saya mimpi bertemu 3 ekor ular,ada yg hitam, ada yg putih dan ada yg kuning..
Ni la Melayu Sesat...
Ramai kat Malaysia ni.
Sikit2 mimpi rujuk bomoh, ustaz la konon, tukang tilik la apa semua.
Daripada dok tafsir2 mimpi orang menyesatkan orang aku nasihatkan ko supaya betulkan diri ko dulu.
Ilmu ko dah salah, sesat.
Tok guru ko tu yang benda2 sesat, khurafat....
Al Quran dgn Hadis pun tak pernah ajar menilik2 tafsir mimpi...
Nabi pun taktau benda ghaib.
Inikan ko.
Habis semua yg baca blog ni sesat.
Melayu = PERANGAI SUKA IKUT BUTA-BUTA...SEBAB TU SENANG KENA TIPU DEK YAHUDI NGAN KAFIR.
Saya bermimpi dipatuk ular tedung warna hijau
Namun sya tidak membunuhnya..apakah maksud mimpi saya itu
Saya mimpi ular yang nak makan tikus.. jadi saya tarik ekor ular tu sebab nak selamatkan tikus uh
Apakah maksodnye
MALAM TADI DEPAN SAYA ADA ULAR SAYA BUNUH LEPAS TU SAYA MASUK KE DALAM BILIK BANYAK ULAR ADA ULAR BESAR SAYA MIMPI YES
salam,,saya bermimpi ular turun dari pokok dan menuju ke motor saya,,kemudian ada lg seekor pun turun dari pokok dah terus ke arah motor saya,,,kemudian terdapat banyak anjing sama warna memandang kearah saya,,ape kah maksud nya ,,tkasih
Post a Comment