Friday, July 25, 2008

UNMASKING THE UNCONSCIOUS MIND

Tajuk di atas adalah nama kursus 3 hari yang saya ajar untuk sesiapa yang berminat untuk memahami tentang mimpi. Bukanlah ketiga-tiga hari belajar tentang mimpi, tetapi dari hari pertama peserta didedahkan kepada struktur minda, conscious and unconscious mind; dan tentang energy yang terdiri dari gelombang (wave) dan jirim (particles). Pakej ini memberi kita fahaman tentang isi diri kita sendiri dan bagaimana kita boleh memajukan diri secara spiritual.
Mimpi (Dreams) adalah sebahagian dari aktiviti minda luar sedar (Unconscious Mind). Jika dah faham apa ia baru kita menghargai (appreciate/value) mimpi. Bila dah menghargai, baru kita belajar kaedah Tafsir dan Tadbir untuk menjadikan mimpi sebagai sebahagian dari panduan hidup. Kursus juga mengajar bagaimana seseorang boleh masuk ke 'dream-part of the mind' supaya dapat mencari jawapan. Cara ini kita tidak menunggu mimpi waktu malam, sebaliknya kita yang pergi kepada nya dalam sedar/jaga. Dan banyak lagi rahsia Mind Luar Sedar yang anda boleh dapat.
Sila lawati http://www.quinconsult.my/ untuk maklumat lanjut. Untuk berkenalan dengan SiKenit yang menggunakan Minda Luar Sedar sila lawati http://psyhicchild-warisah.blogspot.com/.

Friday, July 18, 2008

ANDA INGIN TAHU MAKSUD MIMPI ANDA

Buat permulaan ini saya akan tafsirkan mimpi anda dengan percuma.... bagi warm up.


SILA TULISKAN MIMPI ANDA DIRUANG KOMEN. TULISKAN JUGA TARIKH MIMPI DAN SEDIKIT TENTANG LATAR BELAKANG ANDA (anda mungkin sedang dilamun cinta, atau sedang belajar agama, atau sedang menghadapi masalah keluarga dsb.) SEMASA BERMIMPI. INSYAALLAH AKAN SAYA CUBA JAWAB DENGAN SEBAIK MUNGKIN. BUBUH NAMA SAMARAN UNTUK RUJUKAN SEMASA SAYA MENJAWAB NANTI.

MAKNA SIMBOL DALAM MIMPI

Ini adalah makna simbol secara kasar. Seperti yang telah saya sebutkan dalam tajuk Kaedah Tafsir Mimpi, simbol ini mesti digabungkan dengan apa yang berlaku dan sifat-sifat simbol tersebut. Jika mimpi itu adalah mimpi langsung, maka tak payah ditafsir mimpi tersebut.
SIMBOL MAKSUD KASAR
Rumah - Minda
Orang - Bahagian diri kita yang sifatnya serupa dengan orang itu
Air - Ilmu / Rezeki
Haiwan - Yang berkaitan dengan sikap dan nafsu (baik / buruk)
Senjata - Alat untuk membuat perubahan dalam hidup
Kematian - Perubahan besar dalam hidup (bukan semestinya akan meninggal dunia)
Bayi - Suatu tenaga/idea/ilmu/semangat baru dalam diri
Perniagaan - Mencari atau meminta dari Allah sesuatu yang baru

KAEDAH TAFSIR MIMPI

Mimpi mestilah ditafsir sebelum dapat dimanfaatkan. Untuk mentafsir kenalah tengok simbolnya. Simbol bermaksud benda apa yang tertera di dalam mimpi kita. Gambaran kasar simbol itu memberi maksud yang samar. Jadi kita kenalah memberi perhatian kepada apa yang terjadi kepada simbol atau benda-benda tadi. Misalnya kalau simbol tadi ORANG, kita kena tahu siapa orang itu/apa yang dia lakukan/apa interaksi kita dengan dia/. Kalau simbol itu HAIWAN, kena tahu pula haiwan apa/apa yang haiwan tu buat/warna/saiz/antara kita dengan haiwan apa yang berlaku/dsb. Simbol memberi gambaran kasar iaitu yang tersurat. Apa yang berlaku kepada simbol adalah gambaran yang lebih terperinci dan memberi maksud yang tersirat untuk sipemimpi. Gabungkan kedua-duanya supaya tafsiran mimpi menjadi lengkap.


toolbar powered by Conduit

Sunday, July 6, 2008

PENDAHULUAN

PENDAHULUAN

Orang yang tidur, ada 2 perkara baginya.
Samada dia bermimpi atau tidak.
Kalau tidak bermimpi takpe; tapi kalau bermimpi, ada 2 perkara baginya.
Samada dia ingat atau tak ingat mimpinya.
Kalau tak ingat takpe; tapi kalau ingat, ada 2 perkara baginya.
Samada dia boleh tafsir mimpinya atau tidak.
Kalau tak boleh tafsir takpe; tapi kalau dia boleh mentafsir mimpinya, ada 2 perkara baginya.
Samada dia mengambil tindakan untuk mentadbir kehidupannya atau tidak...

PENGENALAN

PENGENALAN

Semua orang bermimpi, cuma ingat atau tidak aje. Kalau ingat pun jelas atau tidak. Kalau tak ingat atau tak jelas, sebenarnya minda luar - sedar anda dah settlekan sendiri jika ada masalah dalaman. Tetapi kalau jelas eloklah di tafsir dan ditadbir.

Cari maksud simbol yang dalam mimpi tu dan kalau dah dapat maksud, buatlah tindakan untuk mengurus kehidupan anda berdasarkan maksud mimpi tadi. Satu mimpi akan memberi maksud bagi satu bahagian dari kehidupan anda.