Friday, July 18, 2008

KAEDAH TAFSIR MIMPI

Mimpi mestilah ditafsir sebelum dapat dimanfaatkan. Untuk mentafsir kenalah tengok simbolnya. Simbol bermaksud benda apa yang tertera di dalam mimpi kita. Gambaran kasar simbol itu memberi maksud yang samar. Jadi kita kenalah memberi perhatian kepada apa yang terjadi kepada simbol atau benda-benda tadi. Misalnya kalau simbol tadi ORANG, kita kena tahu siapa orang itu/apa yang dia lakukan/apa interaksi kita dengan dia/. Kalau simbol itu HAIWAN, kena tahu pula haiwan apa/apa yang haiwan tu buat/warna/saiz/antara kita dengan haiwan apa yang berlaku/dsb. Simbol memberi gambaran kasar iaitu yang tersurat. Apa yang berlaku kepada simbol adalah gambaran yang lebih terperinci dan memberi maksud yang tersirat untuk sipemimpi. Gabungkan kedua-duanya supaya tafsiran mimpi menjadi lengkap.


toolbar powered by Conduit

No comments: