Tuesday, August 26, 2008

JAWAPAN MIMPI ILA NOR

From: ila nor <hazie_19@yahoo.com>To: quin_dalina@yahoo.com.myDate: Thu, 21 Aug 2008 08:50:01 -0700 (PDT)

***[Anda dinasihati menulis direct ke dalam komen di blog. Emel di Yahoo pun saya dah kurang tengok. Yang ni nasib baik terjumpa. Terima kasih]

Subject: tafsir mimpi

Puan Dalina, saya berumur 26 tahun.Masih belum bekerja dan masih belajar di salah sebuah IPTA. Saya kerap bermimpi bertemu dengan sepupu mak saya,beliau seorang lelaki sekitar umur 28 tahun pernah belajar di Universiti Al-Azhar, Mesir dan beliau telah pun berkahwin. Melihat kepada peribadi beliau seorang yg berakhlak,beriman serta berilmu. Dalam mimpi saya sering ada sahaja kemunculannya.Saya masih tertanya-tanya kenapa beliau sering muncul di dalam mimpi saya sedangkan saya tidak pernah pun teringat akan beliau.

Assalamualaikum Ila nor, cuba lihat pada maksud mimpi ORANG. Orang dalam mimpi simbolik (kalau mimpi langsung ia bermaksud orang itu sendiri jadi tak payah ditafsirkan, just wait and see) bermaksud sifat dalam diri orang itu yang amat ketara bagi kita. Dari tulisan Ila Nor, sifat sepupu mak Ila Nor yang ketara ialah berakhlak, beriman dan berilmu. Sekarang lihat diri Ila Nor sendiri, sifat-sifat itulah dalam diri Ila Nor yang menonjolkan dirinya. Ila Nor tidak beritahu cerita lanjut apa yang berlaku, tetapi jika ia sentiasa ada dalam apa-apa mimpi, bermakna sifat-sifat itu sedang menjadi sifat yang sedang dibina oleh diri Ila Nor sendiri. Bersyukurlah diri kita mempunyai sifat-sifat yang baik.

ATM 27/08/08

Friday, August 22, 2008

MENTADBIR MIMPI

Assalamualaikum,

Jika anda bermimpi dan telah mentafsirnya, tibalah pula waktu untuk mentadbir. Apa guna dapat mimpi jika tidak dimanfaatkan, pada hal mimpi adalah mesej dari minda luar-sedar kita. Melainkan mimpi yang dah dicemar oleh intaian syaitan iaitu bermimpi semasa waktu syuruk (maknanya tak bangun subuh) dan semasa dah nak masuk maghrib. kedua-dua waktu tu syaitan tengah kerja kuat sebab nak tukar syif.
Berbalik kepada mentadbir mimpi, anda perlu memahami objektif mesej kenapa ia dihantar kepada minda sedar anda. Lepas itu barulah anda boleh mentadbir kehidupan anda berdasarkan mesej yang diberi. Tadbiran boleh dilakukan dengan berbagai cara.
Jika mimpi itu berkenaan sikap tak baik - perbaiki ia.
Jika mimpi itu berkenaan peningkatan roh - bersyukurlah
Jika mimpi itu berkenaan ilmu - pastikan anda dapat menggunakannya
Jika mimpi itu berkenaan maklumat - simpan hingga ia diperlukan
Jika mimpi itu berkenaan penyakit - jumpa doktor untuk kepastian
Jika mimpi itu berkenaan ubat kepada penyakit - bersyukurlah dan cari ubat itu dan gunakan.
Jika mimpi itu berkenaan perkara tidak baik akan berlaku - berdoalah supaya Allah lindungi
Jika mimpi itu berkenaan kematian seseorang - Redhakanlah pemergiannya.
Jika mimpi itu berkenaan pesanan guru - pastikan pesanan diambil dan lakukan apa yang patut.
Jika mimpi itu berkenaan seseorang dalam bahaya - cepat beri ingatan kepadanya dan doakan.
Jika mimpi itu berkenaan sihir orang keatas anda - berdoa, berzikir dan perkuatkan diri batiniah
Jika mimpi itu berkenaan orang yang telah meninggal datang - sedekahkan doa dsb
Jika mimpi itu berkenaan kacauan syaitan - lain kali jangan tidur waktu syuruk atau senja.
Dan sebagainya.
Ada satu cara bagi mereka yang telah mengikuti kursus Unmasking The Unconscious Mind untuk mentadbir mimpi yang memberi rasa kurang enak, iaitu mereka menggunakan Six-Step Reframe untuk memperbaiki keadaan. Jika anda ingin belajar teknik itu, silalah ke http://www.quinconsult.my .
AhliTafsirMimpi 21/08/08
p.s: Untuk belajar tentang aura sila ke http://PsychicChild-Warisah.blogspot.com

Tuesday, August 19, 2008

JAWAPAN MIMPI SUAMI ISLAM 2020

Assalamualaikum islam2020,

Tahniah kerana mencuba mentafsir. Mimpi suami Puan tu memang Gambaran Kasarnya ialah ORANG, iaitu kumpulan orang-orang yang sesat, dan HAIWAN, iaitu ular bisa yang mempunyai 2 warna yang berjalur. Puan tidak memberi butir lanjut saiz ular dan warna yang berjalur tadi. Namun saya cuba beri tafsiran yang hampir dengan maklumat yang ada. Jika Puan boleh selepas ini sila tulis lagi samada jawapan saya sesuai. Kesesuaian tafsiran adalah mengikut resmi badan SiPemimpi.

Dari background suami Puan, saya rasa mimpi ini bertujuan untuk memberi maklumat kepada suami Puan pada tahap mental - sikap. Ular yang ingin mematuk bermaksud lidah yang akan mengeluarkan kata-kata yang bisa (macam bisa ular). Dalam mimpi tersebut suami Puan sedang berusaha supaya lidah beliau tidak mengeluarkan kata-kata bisa yang akan menyakiti hati orang-orang yang di dalam kumpulan sesat itu. Tanya pada suami Puan, jika beliau memikirkan tentang kumpulan yang disebut itu, apakah sifat yang ketara tentang mereka, dan lihat sifat ini dalam diri suami Puan. Sifat inilah yang yang dalam suami Puan yang sedang cuba menggunakan kata-kata yang bisa, yang cuba dihalang oleh suami Puan sendiri.

Untuk mentadbir jika maksud mimpi ini benar, suami Puan harus buat sesuatu untuk menahan diri dari terjerumus ke sikap yang kurang baik tadi. Pendakwah banyak menggunakan lidah untuk berdakwah, dan kecenderongan untuk bertikam lidah hingga menyakiti pihak lagi satu adalah satu kemungkinan. Namun menyakiti tidak semestinya menang dan tidak semestinya diredhai Allah swt.

Jika Puan boleh jelaskan warna dan saiz ular mungkin boleh saya beri maksud yang lebih terperinci, dan mungkin akan lebih tepat lagi. Wallahu'lam.

ATM 19/08/08

Sunday, August 3, 2008

AS MIMPI MADU & BAYI

Saya bermadu, 3 tahun, saya isteri no 1 dan tak redha dimadukan.
'Saya bermimpi marah dan menampar muka madu saya kerana datang membawa bayinya berjumpa saya dan suami. Ketika itu saya sedang sakit. Apakah maksud mimpi saya itu?'
As
(Melalui sms. Saya harap lepas ini pembaca ini terus tulis mimpi dalam blog ya. Terima kasih ATM)
Untuk mentafsir, seperti biasa kita lihat gambaran besar dahulu. Gambaran Besar yang ada, ORANG - MADU & SUAMI; BAYI - juga orang tetapi ia lebih bermaksud suatu tenaga baru dalam diri. Di sini ada 2 opsyen untuk mentafsir mimpi As.
CARA PERTAMA (semua adalah simbol): ORANG itu adalah sifat madu yang ada dalam diri As sendiri. Cuba fikirkan (sama cara macam tafsiran mimpi Bione) apakah sifat madu yang ketara bagi diri As, dan lihatkan sifat itu dalam diri As. Misal contoh kononnya sifat itu ialah cemburu, makan madu yang di dalam mimpi ialah sifat cemburu yang juga menjadi sifat As.
SAKIT adalah keadaan As yang boleh diambil secara langsung maksudnya 'AS memang sakit - sakit hati / tidak redha'. SUAMI juga adalah sifat suami yang ada dalam diri As. Katalah kononya sifat suami yang ketara pada As ialah lembut orangnya (maaf saya tidak ada klu tentang suami As). Maka dalam mimpi menunjukkan sifat cemburu dan lembut dalam diri As sendiri.
BAYI sebagai tenaga baru dalam diri mungkin bermaksud sifat cemburu telah timbul, dan marah menampar menunjukkan As tidak mengalu-alukan sifat cemburu tersebut bagi diri As. Ini bagus kerana menolak sifat yang tidak baik. Tidak bagus jika sebaliknya.
Untuk membuat tafsiran yang lebih tepat, (maklumat itu tidak ada pada saya) As kena ikut contoh dan cari maksudnya mengikut resmi badan sendiri.
CARA KEDUA (simbol langsung): Ini bermaksud apa yang dilihat dalam mimpi, itulah dia. lihat semula cerita mimpi As, itulah juga maksudnya. Samada mimpi ini benar atau tidak, TUNGGU DAN LIHAT.
CARA KETIGA (Campuran): Kalau kita ambil orang-orang yang ada dalam mimpi sebagai benar, dan bayi bermaksud satu tenaga baru (contohnya satu perasaan baru, mungkin perasaan kasihan atau perasaan ingin mengalah); maka mimpi tersebut bermaksud, satu perasaan baru timbul bagi hal tiga penjuru ini, namun As enggan menerimanya walaupun ia mungkin suatu perasaan yang baik. Maka 'sakit' di situ bermaksud melambangkan ketidak seimbangan [manusia sempurna ia seimbang dari segi Fizikal, Mental (termasuk Emosi, sikap dsb) dan Spiritual]
RUMUSAN: As kena kaji mimpi As berdasarkan 3 opsyen di atas dan lihat sendiri yang mana lebih sesuai bagi keadaan As sekarang. Untuk mentadbir hidup As, saya sarankan As pelajari cara-cara mengurus tekanan/stress dan pelajari cara meningkatkan keyakinan diri dengan kaedah menyelesaikan masalah sendiri tanpa melibatkan si penyebab masalah. Mimpi ini juga bukan menunjukkan bahawa ia adalah cerita keseluruhan hidup As, hanya sebahagian... Untuk mempunyai keredhaan atas musibah yang berlaku pada kita, eloklah kita pandang musibah tersebut dari sudut ketuhanan, bukan dari sudut makhluk. Jika dari sudut makhluk kita akan nampak diri kita sahaja yang menjadi mangsa dan kita akan marah dan kecewa dsb. Dari sudut ketuhanan, Insyaallah kita akan nampak hikmahnya Tuhan beri kita ujian ini. Besar kemungkinan ia adalah untuk mempertingkatkan spiritual kita iaitu keimanan dan ibadat kita kepada Allah; dan lebih hampir denganNya.
CADANGAN: Ikuti kursus Unmasking The Unconscious Mind pada 12-14 Ogos '08 di Hotel Singgahsana 9.00 pagi - 5.00 ptg. sila klik untuk butir lanjut http://quinconsult.my/.
Wallahua'lam.
AhliTafsirMimpi 4/8/08

MIMPI BIONE

Assalamualaikum Bione,
Anda bermimpikan ibu memberi 2 rantai emas dan anda mengambil satu yang besar untuk dijual demi kewangan. Gambaran kasar yang terdapat dalam mimpi anda ialah ORANG iaitu ibu anda, dan gambaran kaar kedua ialah RANTAI EMAS. Kisah terperincinya, ibu BERI, anda PILIH YANG BESAR, niatnya untuk KEWANGAN.
ORANG adalah bahagian diri kita yang sifatnya serupa dengan orang yang dalam mimpi itu (rujuk tajuk MAKNA SIMBOL MIMPI). Untuk mentafsir mimpi tersebut, anda kena cari dahulu apakah sifat ibu anda yang ketara bagi anda, adakah sifat penyayangnya, atau garangnya, atau sifat berkorbannya, atau gigihnya dsb. Anda kena bayangkan perkara ini dahulu. Misalnya katalah sifat gigih ibu anda yang amat ketara bagi anda; maka IBU yang dalam mimpi tersebut bermaksud sifat gigih yang ada dalam diri anda. Jika sifat ibu yang ketara bagi anda adalah sifat berkorban, ini bermakna ibu yang dalam mimpi itu adalah sifat berkorban yang ada dalam diri anda sendiri. Sila pastikan dahulu bahagian ini. Pejam mata, bayangkan ibu anda di rumah, lihatlah dan rasalah, sifat apa yang menonjol dari ibu anda.
Rantai emas adalah suatu perhiasan yang berharga. Emas adalah warna bagi spiritual. Apabila ibu dalam mimpi menghulurkan rantai emas, ini bermaksud sifat yang diatas tadi menghulurkan suatu yang berharga untuk dijadikan perhiasan diri anda. Oleh kerana emas adalah warna spiritual, besar kemungkinan yang dihulur adalah doa atau sifat itu sendiri untuk dijadikan sebagai hiasan diri anda sendiri.
Apabila anda mengambil yang besar dengan niat untuk menjual bagi mendapat wang, anda menjadikan ia suatu perkara yang menambah keyakinan diri. WANG adalah simbol bagi ego manusia. Pada tahap selamat ia adalah keyakinan diri; pada tahap negatif ia menjadi kesombongan dan bangga diri. Saya percaya buat masa ini ia adalah untuk menambah keyakinan diri bagi Bione.
Sebagai rumusan, mimpi ini bermaksud anda telah mendapat suatu tahap keyakinan baru dalam diri anda. Bersyukurlah kepada Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihani.
Wallahua'lam.
AhliTafsirMimpi. 4/8/08
Peringatan bagi yang menghantar mimpi untuk ditafsir:
a) Sila berikan serba sedikit tentang latar belakang anda.
b) Cuba tafsir mimpi anda sendiri dengan menggunakan kaedah yang telah saya ajarkan, tuliskan jawapan / pendapat anda tersebut bersama mimpi yang diberi, dan akan saya bantu untuk menjadikannya lebih tepat sebagai jawapannya. Ini adalah latihan bagi anda.
c) Jawapan yang saya beri adalah berdasarkan maklumat yang ada. Anda lebih mengetahui apa yang anda sedang lalui dalam hidup anda yang menyebabkan anda mendapat mimpi tersebut. Jika jawapan saya 'make sense' , maka itulah tafsirannya.
d) Selepas mentafsir, tadbirlah hidup anda berdasarkan mimpi tersebut.
Terima kasih.
ATM