Tuesday, August 19, 2008

JAWAPAN MIMPI SUAMI ISLAM 2020

Assalamualaikum islam2020,

Tahniah kerana mencuba mentafsir. Mimpi suami Puan tu memang Gambaran Kasarnya ialah ORANG, iaitu kumpulan orang-orang yang sesat, dan HAIWAN, iaitu ular bisa yang mempunyai 2 warna yang berjalur. Puan tidak memberi butir lanjut saiz ular dan warna yang berjalur tadi. Namun saya cuba beri tafsiran yang hampir dengan maklumat yang ada. Jika Puan boleh selepas ini sila tulis lagi samada jawapan saya sesuai. Kesesuaian tafsiran adalah mengikut resmi badan SiPemimpi.

Dari background suami Puan, saya rasa mimpi ini bertujuan untuk memberi maklumat kepada suami Puan pada tahap mental - sikap. Ular yang ingin mematuk bermaksud lidah yang akan mengeluarkan kata-kata yang bisa (macam bisa ular). Dalam mimpi tersebut suami Puan sedang berusaha supaya lidah beliau tidak mengeluarkan kata-kata bisa yang akan menyakiti hati orang-orang yang di dalam kumpulan sesat itu. Tanya pada suami Puan, jika beliau memikirkan tentang kumpulan yang disebut itu, apakah sifat yang ketara tentang mereka, dan lihat sifat ini dalam diri suami Puan. Sifat inilah yang yang dalam suami Puan yang sedang cuba menggunakan kata-kata yang bisa, yang cuba dihalang oleh suami Puan sendiri.

Untuk mentadbir jika maksud mimpi ini benar, suami Puan harus buat sesuatu untuk menahan diri dari terjerumus ke sikap yang kurang baik tadi. Pendakwah banyak menggunakan lidah untuk berdakwah, dan kecenderongan untuk bertikam lidah hingga menyakiti pihak lagi satu adalah satu kemungkinan. Namun menyakiti tidak semestinya menang dan tidak semestinya diredhai Allah swt.

Jika Puan boleh jelaskan warna dan saiz ular mungkin boleh saya beri maksud yang lebih terperinci, dan mungkin akan lebih tepat lagi. Wallahu'lam.

ATM 19/08/08

No comments: