Friday, July 25, 2008

UNMASKING THE UNCONSCIOUS MIND

Tajuk di atas adalah nama kursus 3 hari yang saya ajar untuk sesiapa yang berminat untuk memahami tentang mimpi. Bukanlah ketiga-tiga hari belajar tentang mimpi, tetapi dari hari pertama peserta didedahkan kepada struktur minda, conscious and unconscious mind; dan tentang energy yang terdiri dari gelombang (wave) dan jirim (particles). Pakej ini memberi kita fahaman tentang isi diri kita sendiri dan bagaimana kita boleh memajukan diri secara spiritual.
Mimpi (Dreams) adalah sebahagian dari aktiviti minda luar sedar (Unconscious Mind). Jika dah faham apa ia baru kita menghargai (appreciate/value) mimpi. Bila dah menghargai, baru kita belajar kaedah Tafsir dan Tadbir untuk menjadikan mimpi sebagai sebahagian dari panduan hidup. Kursus juga mengajar bagaimana seseorang boleh masuk ke 'dream-part of the mind' supaya dapat mencari jawapan. Cara ini kita tidak menunggu mimpi waktu malam, sebaliknya kita yang pergi kepada nya dalam sedar/jaga. Dan banyak lagi rahsia Mind Luar Sedar yang anda boleh dapat.
Sila lawati http://www.quinconsult.my/ untuk maklumat lanjut. Untuk berkenalan dengan SiKenit yang menggunakan Minda Luar Sedar sila lawati http://psyhicchild-warisah.blogspot.com/.

No comments: