Sunday, September 7, 2008

MIMPI PAHALA SEDIKIT DI BULAN RAMADHAN

toolbar powered by Conduit




Assalamualaikum wbt.,

Selamat Berpuasa dan Selamat menambah koleksi pahala dalam bulan yang mulia ini. Bila beribadat, kita beribadat kadang-kadang tanpa menyedari apakah ganjaran yang Tuhan beri. Kita kadang-kadang tidak mengambil kira apa yang boleh memberi lebih pahala dan apa yang membuatkan kurang pahala apabila melalui bulan yang penuh hikmah ini. Lalu Tuhan hantarkan mimpi supaya kita beringat.


Dua hari lepas saya terlewat bangun sahur. Hanya tinggal sepuluh minit lagi nak imsak. Sebelum terjaga saya telah bermimpi bahawa saya berada di satu kawasan gerai-gerai jualan macam pasar malam. Tapi saya hairan kenapa gerai hanya sedikit, tiga gerai di depan tapi hanya satu yang buka itu pun hanya tinggal satu tali yang menggantungkan gula-gula.Dua tiga gerai di kanan dan dua tiga gerai di kiri sahaja yang ada dan rasanya hanya satu yang buka di kanan dan satu di kiri. Itu pun sama tiada barangan, macam dah habis, yang tinggal hanya gula-gula dan makanan ringan.


Tafsiran mimpi ini mudah saja. Tuhan dah kata bahawa perniagaan yang paling untung adalah denganNya. Bila kita bermimpi tentang perniagaan, tempat jual beli,membeli barangan dsb, ia bermaksud mendapat sesuatu yang baik daripada Allah. Maka mimpi saya yang di atas bermaksud saya hanya dapat yang hujung-hujung sahaja dari pahala bersahur di bulan puasa. Ganjaran yang bagus-bagus dah habis.


Untuk menTadbir, saya bertaubat supaya tak buat lagi, iaitu bangun sahur lambat, dan berdoa supaya Allah memberi kemudahan untuk saya bangun awal dalam waktu yang terbaik untuk bersahur.


Satu pengajaran yang saya dapati dari sini, walau pun kita disuruh mentakkhirkan sahur, bukanlah sampai hujung sangat hingga waktu fadhilat sahur hampir hilang.Besar kemungkinan tiada pahala langsung bagi sesiapa yang makan di dalam waktu Imsak. Wallahu'alam.

ATM 08/09/08

No comments: